Wednesday, December 21, 2011

siapa yang lagi banyak bekerja??? tolong jawab!

  • Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
  • Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
  • Kaunselor : Halimah pula? 
  • Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. 
  • Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
  • Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja. 
  • Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
  • Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
  • Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?? 
  • Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja. 
  • Kaunselor : Selepas hantar anak-anak,
  • Halimah buat apa? 
  • Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja. 
  • Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
  • Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
  • Kaunselor : Apa Halimah buat? 
  • Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.  
* Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! *
~ AnNisa Azmier

4 comments:

SWEETSYAZA said...

perempuan yg jd suri rumahlg penat dr suami yg kerja dok opis tapi asik ngular minum teh..

cik dah faridah said...

itula besarnyer pengorbanan seorang surirumah..seme keje kena bt kan..kalu suami tak hargai tak tau la kan...

IntaNBerliaN said...

sue.. saya nak share entry ni dkt blog saya blh tak???...

suri rumah lagi banyak keje kan.. hihii.. kita la tu.. muahhahah

Imaan09 said...

loiiiikkkkee!!
hehe.. kdg2, org laki/suami ni, suh dia cuti sminggu, bg rasa cmana seksanya buat smua tu..ingat senang ke kan..hehe